Hai kita berjumpa lagi pada tahun 2011..kami tingkatan 6 rendah sekarang telah menjadi tingkatan 6 atas sekarang..perancangan sepanjang bulan januari telah dijalankan..ketua bagi sesi ini ialah masih lagi Ghazali bin masan dan penolong ketua tingkatan masih juga Siti Asmah Binti Mohd Ishak.Bagi persatuan pewakilan pelajar prauniversiti kini diketuai oleh Mohd Faizal bin Mohd yusof dan diikiuti oleh suresh simon sebagai naib pengerusi.
Berikut adalah ajk bagi persatuan :
Pengerusi : Mohd Faizal bin Mohd yusof
N.Pengerusi : Suresh Simon
S/U : Siti Mariam bt Shahriman
N.S/U : Siti Asmah bt Mohd Ishak
Bendahari : Syazwani Adlina bt Sazaly
AJK : (1) Fatin Sorfina bt Radzi
(2) Mohd Azwan bin Jamal
Kini ialah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan januari dan febuari :
(Urutan gambar ialah daripada bawah hingga ke atas)
1)Spotcheck barangan pelajar tingkatan 6 atas
2)Kokurikulum : sesi ceramah bersama Pn.Khatijah(kaunselor sekolah)
3)Gotong-royong bagi menceriakan Laman dan kelas Tingkatan 6
4)Sambutan Tahun Baharu Cina
5)Larian Hijau SMKHK 2011
6)Pertandingan Kolokium Tingkatan 6
7) Kokurikulum : Futsal
8)Lawatan ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,Jln Conlay KL
Semasa kami pergi ke lawatan,kami terjumpa seorang pelancong yang mengunjungi pusat kraftangan.Ini membolehkan pasaran kraftangan dipasarkan ke negara luar kerana pelancong asing sangat ramai mengunjungi pusat tersebut.Kami sempat bergambar dengan pelancong asing tersebut.
Sebahagian pameran pakaian berkonsepkan songket moden.Dipelbagaikan mengikut arus pemodenan yang berasal daripada pakaian melayu.
Sebahagian pameran pakaian berkonsepkan songket moden.Dipelbagaikan mengikut arus pemodenan yang berasal daripada pakaian melayu.
Hasil tenunan yang dibuat seperti mafla,bekas pensil,beg dan sebagainya
Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.
Gambar di atas berkaitan tentang kraftangan yang di perbuat daripada surat khabar. Selain boleh dikitar semula, surat khabar atau kertas juga boleh dijadikan kraftangan mengikut kreativiti seseorang yang mahir dalam bidang kraftangan ini. Antara hasil kraftangan yang ada di pasaran sekarang ini, adalah seperti bakul, bekas telur dan macam-macam lagi
Alat tenun bukan mesin (ATBM) merupakan alat untuk melakukan penenunan yang digerakkan oleh manusia. ATBM dapat dipergunakan sambil duduk (biasa pada industri tekstil kecil dan tradisional) maupun berdiri. Dalam industri tekstil besar, ATBM tidak mungkin digunakan.
Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan.
Lawatan Berpandu ke Pebadadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,Jln Conlay KL
Pertandingan kolokium peringkat sekolah telah dijalankan pada 19 febuari 2011 pada pukul 8 pagi hingga 11 pagi..pemenang diumumkan pada 28 febuari 2011 di tapak perhimpunan.
pemenang tempat pertama : Kumpulan Ghazali,mariam,yazir
pemenang tempat kedua : Kumpulan Azwan,asmah,syaza
pemenag tempat ketiga : Kumpulan Faizal dan visshalene
Para pelajar tingkatan 6 berpakatan untuk meraikan tahun baharu cina di rumah En.Tiew.Rumahnya begitu manarik sekali kerana telah dihiasi dengan kad2 raya dan dekorasi perayaan cina.Para tetamu dijamu dengan KFC dan Domino's pizza serta minuman teh bunga.Kami semua turut menerima 'Ang Pau' ketika hendak beransur pulang.
SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA DI RUMAH MR.TIEW
Kokurikulum : PERANCANGAN BULETIN PRAUNIVERSITI BAGI BULAN JANUARI DAN FEBUARI DI BAWAH UNIT PERSATUAN
HARI GOTONG-ROYONG SMKHK
SESI CERAMAH DARIPADA KAUNSELOR SEKOLAH PN KHATIJAH
SESI 'SPOTCHECK'